Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Goreng Ayam Simple

Nasi Goreng Ayam Simple. Memang simple tetapi sedap rasanya. Kalau tidak, takkan nasi 2 pot saya masak pun habis langsai untuk sarapan pagi kita orang. Sedap lah tu! Kalau kata tak sedap, alamat tak berasap lah dapur lepas ni. Betul tak ibu-ibu sekalian?

Nasi goreng adalah antara sarapan faveret anak bongsu saya. Bagi dia makan nasi goreng hari-hari pun boleh. Tak ada hal punya.. kita pulak yang bosan...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Nasi Goreng Ayam Simple


Nasi Goreng Ayam Simple

Nasi Goreng Ayam Simple

Sarapan pagi tadi buat nasi ayam goreng simple. Orang kata nasi goreng "bodo" je, yang tahu, tahu lah ya...

Nah resepinya!

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk
1 mangkuk kecil isi ayam goreng yang disiat kecil
5 tangkai cili padi dihiris, nak pedas letak lebih
1 biji bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji telur
1 inci halia - ditumbuk halus
Garam dan perisa secukupnya

Cara menyediakan Nasi Goreng Ayam Simple


1. Tumis semua bahan asas seperti bawang, bawang putih, halia, cili padi hingga naik bau

2. Pecahkan telur dan gaul. 

3. Masukkan nasi sejuk tadi dan gaul rata dengan semua bahan

4. Masukkan ayam yang telah di siat tadi. Jangan lupa perisakan dengan garam dan serbuk perisa, jika suka.

5. Nasi goreng ayam siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi ni sesuai untuk adik-adik yang baru nak belajar buat nasi goreng simple!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close