Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari

Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari. Lauk pauk kampung memang tak jemu dimakan, sentiasa ada dalam ingatan walau zaman telah berlalu. Salah satu lauk pauk atau sayur kampung yang sentiasa saya cari adalah lemak kuning labu. Dulu-dulu, bonda saya kerap masak lemak labu. Dengan daun dia sekali tau. Sedapnya ya ampun.. hanya yang pernah makan je yang tahu. Daun labu yang muda, bila dimasak lemak, ia jadi lembut. Seperti juga dengan daun keledek. Semua ni memang makanan atau sayur kampung pembuka selera. Tak pernah makan ke? Cubalah sekali sekala.. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari


Labu masak lemak kuning, susah juga nak dicari pada masa sekarang, kan? Bila kita teringat nak makan, labu pulak tak de jual kat pasar berdekatan. Survey kat gerai atau restoran nasi campur, menu hati itu tak ada sayur labu pulak. Itu lah dilemanya pencinta sayur kampung macam kita ni..

Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari

Dalam piring berasingan, anda nampak ikan keli goreng tu? Itu lebihan lauk semalam. Bila tak habis jangan dibuang, kita ubah suai sikit dengan balutan sambal belacan. Hmm.. not bad, sedap jugak..

Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari

Sayur Labu Masak Lemak Kuning Lauk Kampung Yang Selalu Dicari

Selain sayur labu masak lemak kuning, lauk utama hari ini adalah ayam masak kurma. Ayam masak kurma ni mudah je nak buat, guna rempah kurma adabi. Kemudian masukkan kentang, cili hijau untuk hiasan, masa tumis bahan-bahan dia jangan dilupa si kayu manis pula.. 

Mungkin lauk pauk kami yang simple hari ni boleh bagi idea nak memasak apa hari ni. Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close