Sambal Tumis Serai Dengan Telur

Sambal Tumis Serai Dengan Telur. Sambal telur paling mudah nak buat cuma masalahnya selalu dapat sambal yang kurang sikit rasanya. Lain orang lain air tangannya, kan? Emak kita masak dengan bahan yang sama rasanya legend sampai sekarang, kita pulak masak dengan bahan yang sama, rasanya ke laut dalam.. haha

Sambal Tumis Serai Dengan Telur

Sambal Tumis Serai Dengan Telur

Resepi Sambal Tumis Serai Dengan Telur


Sambal tumis serai dengan telur sedap tau, lagi-lagi bila dimakan dengan nasi lemak. Hmm.. memang padu lah rasa dia. Nak cuba? Boleh tengok resepinya di bawah.

Bahan-bahan:

10 biji telur di rebus dan buang kulit
15 tangkai cili kering - rebus dulu, kemudian kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai ketuk @ kisar
3 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya
Daun sup sebagai hiasan


Cara Penydediaan Sambal Tumis Serai Dengan Telur


1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau atau pecah minyak. Kalau pekat sangat, tambah air sedikit demi sedikit

2. Masukkan sos cili dan gaul rata.

3. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya

4. Barulah masukkan telur, gaul sekejap dan matikan api.

Sambal tumis telur dengan serai dah siap untuk dihidang, tabur daun sup di atasnya sebagai hiasan.

Sambal Tumis Serai Dengan Telur

Kalau anak bujang saya kat rumah, 10 ketul telur ni pun boleh habis di ratah jika kita tak tegur. Dia kata makan macam tu je pun sedap. Iya lah nak.. makan lah kalau suka. Nanti dah berjauhan, susah pula nak makan masakan ibu mu ini.. hehe

Catat Ulasan

0 Ulasan

close