Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Jemput-Jemput Pisang Yang Comel

Resepi Jemput-Jemput Pisang Yang Comel. Buat comel-comel senang nak makan, sekali satu terus ngap! Cekodok pisang @ jemput-jemput pisang memang popular dan faveret kebanyakan orang. Kalau ada kesempatan, pasti nak buat jugak, walau ada stok pisang masak tu secoet je.. haha

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Jemput-Jemput Pisang Yang Comel


Jemput-jemput pisang @ cekodok pisang antara makanan ringan yang disukai oleh rakyat Malaysia, semua pun kenal cekodok pisang ni kan? Kalau tak kenal jugak, pergi main layang-layang sana jauh-jauh.. kihkih..

Nah, bahan-bahan dan cara nak buat cekodok pisang.



Bahan-bahan:

Sesikat pisang yang telah masak (masak lembik paling sedap..)
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
1 cawan tepung gandum

Cara penyediaan cekodok pisang comel dan sedap


1. Dalam satu mangkuk, masukkan pisang yang telah dibuang kulit, bersama tepung, garam dan gula.

2. Gaul dan uli semua bahan tersebut sampai rata semua. Kalau nampak lembik, boleh tambah tepung lagi, sedikit demi sedikit

3. Rasa sedikit, jika kurang manis, boleh tambah gula

4. Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan bancuhan pisang tadi dengan hujung sudu, saiz kecil-kecil je. Atau guna tangan, ambil secubit-cubit je.. 

5. Masak sampai garing kehitaman, barulah sedap!

6. Angkat dan toskan.



Cekodok pisang siap untuk dimakan. Nak makan tunggu dia sejuk, nanti rasa jemput-jemput pisang tu rangup je. Selamat mencuba! 💥🤩🤩

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close