Roti Telur Hancur Dengan Salad

Roti Telur Hancur Dengan Salad. Sarapan atau menu yang menyihatkan. Sesiapa saja boleh prepare menu ni, asalkan bahan-bahannya ada kat rumah. Kalau anak-anak tak suka sayur, boleh letak telur hancur sahaja. Kalau nak rasa sihat, makan dengan salad. 

Roti Telur Hancur Dengan Salad

Roti Telur Hancur Dengan Salad
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Roti Telur Hancur Dengan Salad


Sarapan simple tapi menyihatkan. Nah saya share bahan-bahan nak sediakan roti telur hancur dengan salad.

Roti Telur Hancur Dengan Salad

Bahan-bahan:

5 biji telur
5 tangkai cili padi - hiris halus
1 biji bawang  besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
Garam secukupnya
Roti gardenia - saiz kecil
Daun salad secukupnya

Cara penyediaan;


1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan hiris. Masukkan telur satu persatu. Biar seketika. Kemudian kacau sampai hancur

2. Perisakan dengan garam. Dah sedikit garing, matikan api. Biarkan sejuk seketika.

3. Ambil sekeping demi sekeping roti. Letakkan sekeping daun salad dan letakkan satu sudu makan telur hancur. Susun rata dan lipat roti dalam bentuk segitiga.

Roti Telur Hancur Dengan Salad

Siap dah roti telur hancur dengan salad yang menyihatkan.

Pepagi nak siapkan sarapan ni pun cepat. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close