Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu. Untung la kita hujung minggu ni cuti sabtu ahad, jika tidak hari sabtu half day kerja. Selamat bercuti kepada semua, bagi yang menyambut Christmas, sentiasalah jaga SOP dan keselamatan diri. 

Nak breakfast malas nak keluar, maka kita order food je, pilih-pilih mana yang di makan pepagi ni dan bayar. Hehe

Hari ni kita orang decide nak makan lontong basah dengan roti canai. Kalau kebiasaan, memang dah biasa makan kat restoran ni. So, hari cuti macam ni, kita order je..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu


Pre-order dulu, cepat sikit dapatnya. Oleh kerana restoran buka 8.30 pagi, kami order pukul 7.45 gitu. Ngam-ngam lepas dia bukak, makanan kami dah boleh start hantar.

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Kombinasi lontong dan roti canai, sarapan kami di hujung minggu yang santai. Korang rasa kita order banyak-banyak gitu, habis ke? Tak habis on the spot tapi si bujang bongsu kami suka makan berulang. So, insya Allah habis semua makanan tu sampai ke petang. Lunch saya skip, tak masak.. 

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Kuah lontong dan kari tu sedap wehh! Hirup macam tu je pun tak apa.. kombinasi pencicah untuk roti canai, ada sambal tumis, kari dan dalca. Pilih lah nak makan dengan yang mana satu.. 



Bila dah siap breakfast nanti, kemas-kemas rumah sikit, lepas tu kita tengok pokok bunga pulak. Barulah ada aktiviti hujung minggu yang agak mendung ni.

Hati-hati ya guys, sekarang musim hujan, jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing. Kami doakan agar cuaca kembali cerah dan kita dapat melakukan aktiviti bersama keluarga di luar rumah pula.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close