Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jom Masak Asam Pedas Siakap!

Jom Masak Asam Pedas Siakap! Ikan apa lagi kesukaan anak-anak kalau bukan ikan siakap! Goreng ke, asam pedas atau masak kari, semua dia orang suka. Memang pencinta ikan siakap kut sebab isinya yang lembut. Tapi nak menyiang dia tu yang leceh sebab sisik dia agak tebal dan besar. Lepas tu insang dan sirip ikan siakap agak tajam. Kena hati-hati bila nak menyiangnya.

Nak mudah, bila beli ikan ni terus minta penjual tu bersihkan sekali. Beres!!

Jom Masak Asam Pedas Siakap!

Jom Masak Asam Pedas Siakap!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Jom Masak Asam Pedas Siakap!


Kali ni saya nak share masak ikan siakap asam pedas guna pes aje. Ada skip banyak langkah la kiranya.. hehe, resepi sesuai untuk orang sibuk dan anak muda yang baru nak belajar masak. 

Jom kita masak!

Bahan-bahan:

2 ekor ikan siakap - potong ikut suka, bersihkan
1 pek pes asam pedas, sebarang jenama (saya guna Adami)
Air secukupnya, 
1 mangkuk kecil daun kesum
Garam dan gula secukupnya

Jom Masak Asam Pedas Siakap!

Jom Masak Asam Pedas Siakap!

Cara penyediaan:


1. Panaskan air hingga mendidih. 

2. Masukkan pes asam pedas ke dalam air yang telah mendidih. Kacau rata.

3. Masukkan ikan siakap dan biar seketika.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

5. Akhir sekali, masukkan daun kesum. Kacau rata dan matikan api

Jom Masak Asam Pedas Siakap!

Ikan siakap asam pedas guna pes segera siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close