Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Rendang Ayam

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Rendang Ayam. Hari ni kerja half day, dan tentulah "malas" nak masak. Habis kerja pukul 1.00 petang, siap-siap call anak bujang kat rumah suruh standby, lunch kat luar. En suami balik lewat, jadi bawak anak berdua je kita hari ni..

Kalau bujang bongsu ni lauk faveret dia mesti kuah lemak dengan ayam merah atau ayam goreng berempah. Tak jemu ke? Dia kata okah je, sebab sedap la dia dok ulang lauk yang sama dari restoran yang sama..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Rendang Ayam


Alhamdulillah, hujan lebat yang turun sejak pukul 10.00 pagi dah berhenti. Ngam-ngam dekat pukul 1.00 tadi hujan dah reda. Bolehlah bawak anak bujang lunch kat luar.

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Ayam Rendang

Dalam gambar, saya ambil nasi suku je, yang lebih tu sayur dan lauk tau.., dan kalau nampak banyak tu sebab pinggannya yang besar.. kih kih

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Ayam Rendang

Lunch Nasi Campur Berlaukkan Ayam Rendang

Saya ambil lauk rendang ayam, sayur sambal goreng melayu (🤩🤩), tempe goreng. Alhamdulillah, sedap semuanya. Dan yang penting kenyang!

Rendang ayam tu pun sedap dimakan dengan pulut kuning. Makan petang-petang sambil tengok cerita korea siaran ulangan, haha.. syiok kan!

Kalau nak cuba masak rendang ayam, boleh lah klik pada pautan MENU di atas, ada banyak resepi berasaskan ayam yang korang boleh cuba.

Bye!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close