Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Mari memasak sotong goreng tepung. Resepi dari Che Nom - resepi yang tak pernah gagal. 💖 jom kita cuba. Tak serupa bukan bermakna gagal tetapi kita kena cuba banyak kali barulah mungkin rasanya atau rupa masakan tu dekat nak sama.. hehe, usah putus asa.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Bahan-bahan;

Bahan-bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):


400g sotong
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan untuk tepung perapan:


1 biji telur putih
½ sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu besar serbuk perasa Sedap
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil garam
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit air

Bahan-bahan untuk tepung salut:


1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
½ -1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk perasa Sedap
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar tepung beras

Cara Penyediaan Sotong Goreng Tepung c G Di Luar Lembut Isinya


Cara-cara untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):


🔹️ Buang kulit dan tulang sotong. Potong membulat dan buang gigi sotong.
🔹️ Gaul dengan garam dan baking powder. Gaul sebati
🔹️ Perap sotong dalam peti ais.

Cara-cara untuk tepung perapan:


1. Pecahkan telur dan ambil telur putih saja:

2. Bilas sotong dengan air dan toskan air. Lap sikit supaya kering.

3. Masukkan telur putih, serbuk cili, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, sebuk perasa Sedap, sos tiram dan garam.

4. Gaul sekata.

5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Tuang air dan gaul sehingga sebati, agak- agak sederhana cair.

Cara- cara untuk tepung salutan dan goreng:


1. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk cili, serbuk perasa Sedap, garam, baking powder dan tepung beras. Kacau sekata.

2. Salut sotong sehingga tepung bersalut sekata.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

4. Kacau sedikit sehingga tepung garing dan keperangan.

5. Angkat dan rehatkan sotong atas jaring sebelum dihidang.

Bila dah siap, hidanglah cantik-cantik (macam dalam gambar), barulah mood sedap tu datang. Betul tak?


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Nak di ratah macam tu je pun boleh atau makan dengan nasi panas bersama sosnya. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close