Kuih Kaswi Warna Kuning Sangat Sedap. Saya ingatkan kuih bingka ubi kerana warnanya yang macam warna ubi. Tanya pada seller pun dia kata bingka ubi. Tetapi ada rasa pelik juga kerana ada taburan kelapa parut di atasnya.



Dari teruja jadi ceria gembira, semua ada sebab lain disangka lain yang kita makan, tetapi rasa tidak mengecewakan. Alhamdulillah


Bila sampai opis nak breakfast, kita pun telan je. Sempat lagi baca Bismillah.. 😅😀 tetapi tetiba, eh, bukan bingka ubi ni. Ini kuih Kaswi. Cuma warna dia je yang menipu. Tetapi rasa sedap gila. Rasa kenyal, manis dan ada rasa kapur sikit. Memang inilah rasa sebenar kuih Kaswi. Cuma warna je tak hitam atau coklat.

Lain kali nak beli lagi dengan seller yang buat kaswi warna kuning ni. 😅👍😍
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments