Koleksi Resepi Mudah

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank. Balik ambil barang anak bujang bongsu dari KMJ, kami singgah makan di Nasi Beriyani Wak Gondan (NBWG). Anak kedua kami telahpun tamat study kat KMJ, ngam-ngam hari terakhir exam paper Fizik. Alhamdulillah. Satu Hilux penuh dengan barang-barang dia.. 

Bila jam mencecah pukul 2.00 petang baru kami meninggalkan bumi KMJ. Perut terasa lapar. Niat hati nak singgah di Asam Pedas Ledang, tetapi orang terlalu ramai. Maka tak singgahlah kita..

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Kenangan Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank 


Bila perut semakin berbunyi, En suami melajukan pemanduan menuju ke NBWG. Sampai je kat restoran yang besar ni, orang tidak berapa ramai seperti selalu. 

Kami order nasi beriyani lamb shank. Apa tu lamb shank? Ala.. bahagian betis kambing. 😂😅 Jap eh... Lamb shank bermaksud bahagian keting atau betis kambing (kaki depan/belakang) yang terletak di antara lutut dan buku lali. Daging ini sangat popular kerana teksturnya yang lembut, kaya dengan kolagen, dan sedap dimasak secara perlahan (stew, rebus, atau panggang) sehingga daging mudah hancur dan berjus.

Jom layan apa yang kami order..

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Sewaktu kami sampai sudah dekat 2.30 petang. Banyak lauk yang tinggal sedikit, contohnya lamb shank kena tambah baru, salad timun dah habis, dan air apple asam boi kena tunggu sekejap untuk ditambah. Jadi, kami ambil papadom je untuk naikkan mood makan briyani. Hehe.. 

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Lunch Dengan Beriyani Lamb Shank

Tetapi walau tak lengkap menu tu, lamb shank nya tak mengecewakan. Dah lah lembut, berjus, serap rempahnya.. rasa makan macam tak perlu bersusah payah gigit daging kambing tu. Kita orang bertiga semua order lamb shank. 😍👍 En suami yang bayar, makan je lah.

Untuk semua hidangan tu, kami bayar RM162-00 termasuklah air. Alhamdulillah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments