Pencapaian Blog Kisah Resepi Setakat April 2026. Dah lama admin tak buat review blog sendiri. Biasa buat review produk je, kali ini kita buat review blog pulak. Yang penting blog sendiri, bukan blog orang lain. Hehe .. ada pencapaian ke blog ini? Insha Allah, ada sedikit peningkatan dan pencapaian yang nak dikongsikan.
Menulis blog akan berjaya jika ada kemahuan dan konsisten. Namun jika sekejap tulis sekejap tinggal, blog akan lesu dan tidak dikunjungi. Jadi, marilah sama-sama kita mewarnai dunia blog semula.





Pencapaian Blog Kisah Resepi Setakat April 2026


Blog kisahresepi dot com diasaskan pada Januari 2018. Hampir 8 tahun dalam dunia blog Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut blog KR telah menghasilkan :
1. Entri - 638 posting
2. Jumlah Pageview (PV) - 6.64 juta PV
Kebelakangan ini sudah kurang orang yang tengok blog, kerana kehadiran media sosial seperti Tiktok lebih mendominasi. Lagi pula setiap entri yang diiringi muzik memang mudah menarik pembaca dan pengguna media sosial berbanding dengan blog. Namun blog masih ada pembacanya tersendiri.

Selama lebih kurang 8 tahun blog KR diubuhkan, pencapaian setiap entri tidaklah teruk sangat 😉😅. Merujuk gambar di atas, terdapat entri yang dibaca oleh ramai pengguna antaranya:
1. Resepi Kuih Lapis Sedap - 426K
2. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api - 157K
3. Cara Buat Kuih Lapis Pelangi - 96.4K
4. Ikan Bawal Putih Masak Sweet Sour - 94.2K
5. Resepi Nasi Ayam Yang Sangat Sedap - 59.4K
Semoga tulisan tentang resepi di blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua dalam menyediakan hidangan yang sedap kepada family tersayang.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments