Koleksi Resepi Mudah

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera. Hari gelap lagi walau dah pukul 7.30 pagi. Ingatkan nak suruh bujang kecik kat rumah ni pergi beli sarapan sambil jogging. Tapi tak jadi sebab cuaca macam nak hujan. Oleh kerana ada bujang kecik kat rumah (matrikulasi programme dia dah habis), maka ibu nya ni kena buat sesuatu untuk sarapan. 

Alhamdulillah, peti ais sentiasa ada barang untuk emergency plan. Hehe..

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera


Maka yang jadi mangsa tentulah karipap frozen dengan crab stick. Crab stick ada 7 batang, karipap frozen ada 10 ketul. Saiz nya pun comel je. Jadi kita goreng jadikan sarapan pagi.

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera

Bahagian dia je dah separuh. Saya share dengan ayahnya. Kita orang tua ni mana suka sangat dengan benda² frozen. Tetapi dah ada depan mata, kita pun ngap je. Hehe..

Sarapan Simple Dengan Karipap Segera

Karipap Frozen ni walau kecil comel tetapi inti dia penuh. Dan the best is.. kulit dia nipis dan rangup. Masuk mulut terus melting. Alhamdulillah. Walau emergency plan, tetap mengenyangkan perut.

Salam sarapan, bye!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments