Lunch Siakap Penyet Yang Lembut Isinya. Biasa kita makan ayam penyet, kan? Kali ini kita order siakap penyet pulak untuk makan tengahari. Semenjak balik dari kampung untuk meraikan raya korban, saya pun ikut terkorban. Sebab rasa malas tu macam naik darjahnya kepada 100%. haha.. Lepas pergi farmasi beli ubat batuk, kami singgah di restoran sebelah taman. Lunch lewat kisahnya, sebab jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang.

Lihatlah siakap penyet saya, garing di luar dan juicy di dalam. Siakap penyet sama je macam ayam penyet, cuma tukar nak ikan @ ayam. Harganya beza jauh la ya..



Lihatlah ayam penyetnya pun besar. Lengkap pakej nya, ada sayur, tempe, tauhu, sambal kicap, sambal belacan ala sambal tomato dan supnya sekali.




Lunch Siakap Penyet Yang Lembut Isinya


Kami order sorang satu set hinggakan adik yang ambil order ulang tanya beberapa kali. Betul ke nak sorang satu sebab bila sampai order kami, semua menu dalam portion yang besar.

Gambar bawah adalah pecel Lele, iaitu keli penyet. Besar betul saiz ikan keli goreng tu.. dan semestinya rangup.



Last sekali mestilah tangkap gambar air yang diorder iaitu green tea ais & aiskrim yem untuk Si bujang. Satu lagi air adalah air suam je.. untuk En suami. Hehe..
Selamat menjamu selera!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments