Resepi Sup Ekor Dengan Cara Yang Simple. Cara simple masak sup ekor ni sebenarnya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, termasuklah para newbie dalam masak memasak. Orang bujang boleh buat, apatah lagi yang dah tak bujang. Senang je nak masaknya. Jom kita Cuba!


Sup ekor ni saya cuba buat macam kedai Thai buat. Sup ekor dia pedas dan siap timbul cili padinya. Hehe.. dulu masa mula-mula kenal sup Thai ni macam pelik. Sekarang dah biasa. Oh ya, memasak sup ekor kita nanti guna pressure cooker je.

Resepi Sup Ekor Dengan Cara Yang Simple
Bahan-bahan:
1 kg ekor lembu - potong kecil
Rempah 3 sekawan - kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
5 sudu makan rempah sup - bancuh dengan air
2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1 tangkai daun sup - hiris
5 tangkai cili padi - ketuk
1 bungkus sup bunjut - sup tulang
2 biji kentang - belah 4
Bawang goreng secukupnya
Garam dan serbuk perisa
Cara penyediaan sup ekor yang simple
1. Tumis rempah 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, kemudian masukkan juga rempah sup. Kacau hingga rata. Masukkan sedikit air, jika tumisan terlalu kering.
3. Pindahkan semua bahan tumisan di atas ke dalam pressure cooker.
4. Masukkan pula ekor lembu, kentang, cili padi dan sup bunjut tulang. Tambahkan air separas ekor lembu atau lebihkan jika suka kuah sedikit cair
5. Tutup pressure cooker. Guna mode meat/ tendon. Anggaran masa 30 minit. Pressure cooker akan menjerit bila dah cukup masa. 😅😅Kemudian, perisakan dengan garam, serbuk perisa, bawang goreng, daun sup.
6. Sup ekor sedia dihidangkan. Boleh digandingkan dengan sambal kicap.

Dulu saya tak berani nak masak sup ekor sendiri di rumah. Sekarang rilek je masak sebab ada pressure cooker. Korang mesti cuba juga!
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments