Lemak Cili Api Ikan Selar Kuning Kegemaran Family. Masak lemak cili api adalah lauk kegemaran anak kedua kami. Bila si adik suka, Maka sekaligus abangnya pun ikut suka, sebab abangnya tidak memilih pasal makan. Semua makanan halal dia cuba. Tak sedap pun si abang habiskan. Kali ni kami sediakan menu lemak cili api, bagi si adik happy sikit. Sebab baru habis exam Matrikulasi minggu lepas.





Resepi Lemak Cili Api Ikan Selar Kuning Kegemaran Family

Bahan-bahan:
6 ekor Ikan selar kuning - dibersihkan dan digoreng dengan kunyit
2 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
5 biji cili padi Vietnam - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
1 inci halia - kisar
1 kotak santan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
*2 batang serai - diketuk (terpulang, jika takde tak apa).
Cara penyediaan lemak cili api ikan Selar Kuning
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan tumisan naik minyak. Masukkan serai yang telah diketuk, jika ada
2. Masukkan asam keping, santan kotak dan gaul rats sehingga mendidih, dengan api kecil
3. Masukkan ikan selar kuning yang telah digoreng tadi
4. Perisakan dengan garam dan gula (jika suka)
5. Siap untuk dihidangkan
Semoga resepi ringkas lemak cili api ikan selar kuning tadi dapat memberi idea anda semua untuk menyediakan menu berasaskan ikan untuk family.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments