Sarapan Nasi Lemak Mamak Pun Sedap. Pagi Ahad yang agak sibuk, sebab memikirkan tangki air kat rumah. Pelampungnya patah, En Suami hanya buat separuh jalan kerana ada barang yang tak cukup. Bila dia kena outstation, kita panggil plumber tolong siapkan. Alhamdulillah dah settle. Lepas tu perut lapar, bila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Cepat-cepat bersiap, pergi cari sarapan. Paling mudah adalah restoran mamak la.. hehe





Sarapan Nasi Lemak Mamak Pun Sedap
Apa menu yang kita orang pilih? Apalagi.. nasi lemak dan roti canai garing.



Korang tengoklah selambak ikan bilis kecik dia. Rangup dan tak masin sangat. Ada kacang tanah goreng dan timun. Rasa lengkap kan? Sambal dia asingkan dalam bekas lain.


Kedai mamak sekarang dah pandai masak nasi lemak. Ada yang nasi lemak pandan, dan ada juga nasi lemak biasa. Sambal dia orang pun dah macam sambal orang melayu yang masak. Saya syak dia ada tukang masak melayu la kat dapur tu.. hehe
Walau apa pun, asalkan nasi lemak tu sedap dan lengkap seperi biasa, saya okay je. Yang penting halal dan kenyang.
Salam hujung minggu, Aynora.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments