Resepi Sayur Sawi Putih Tumis Air

Resepi Sayur Sawi Putih Tumis Air. Hari ini sempat main campak-campak masak sayur sawi tumis air. Maksudnya, tumis bodoh je.. bonda saya paling suka jika tumis sayur simple macam ni. Boleh hirup kuah dia katanya.. letak minyak sikit je. Kadang-kadang sayur sinple macam ni yang kita cari bila dah bosan dengan sayuran berlemak, betul tak??

Sayur Sawi Putih Tumis Air


Resepi Sayur Sawi Putih Tumis Air

Sayur sawi putih ni saya tak goreng pedas sebab anak-anak tak berapa suka pedas sangat. Dia orang nak hirup kuah dia tu..

Resepi Sayur Sawi Putih Tumis Air


Bahan-bahan:

1 bungkus sawi putih - hiris kasar
2 biji bawang kecil -hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili hijau - hiris
Serbuk secukup rasa maggi, (tak perlu ikan bilis)
Sedikit sos tiram
Air secukupnya

Cara masak sawi putih tumis air


1. Tumis semua bahan seperi bawang kecil, bawang putih dan cili padi.

2. Kemudian masukkan sawi putih tadi dan gaul rata. Bila sawi dah sedikit layu, perisakan dengan secukup rasa maggi.

3. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air. Kalau anak-anak sukakan kuahnya, lebihkan air.

4. Siap sudah sawi putih goreng atau tumis air yang amat mudah.

Bagi newbies, boleh lah mencubanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close